Alhamdulillah.. Masih diberikan peluang melayari kehidupan di tahun yang yang baru.
2025 mungkin tahun ujian utk aku. Semoga tahun ini dan hari2 yg bakal tiba membawa rezeki berganda buat aku.. Aminn..🤲
Pertengahan tahun 2025 aku diuji dgn kehilangan pekerjaan. Ya, pekerjaan yg masuk thn keempat utk aku. Kontrak aku ditamatkan atas alasan kononnya aku tak perform. Xapa la, apa pon alasannya, aku anggap rezeki aku kat tempat tu setakat itu sahaja. Aku redha.. Mungkin Allah ada sesuatu yg lebih baik utk aku.
Uishhh.. Rupanya susah betul cari kerja ni. Lepas 4 tahun aku selesa dgn kerja aku. Sekali bila kena cari kerja lain.. Stress juga. Banyak job dan vacancy yg aku dah apply. Tp nak dapat call utk interview pon bukan main susah. Bila dh dapat interview, belum tentu confirm dapat job tu. Aku anggap itu sebagai proses kehidupan dan ambik semua itu sebagai pengalaman.
Alhamdulillah.. Hari2 aku lalui dengan tenang sehinggalah tarikh akhir aku bekerja disitu. Aku angkat kaki dgn lega dan berlapang dada meskipun saat tu aku masih belum mendapat pekerjaan baru. Lepas tamat ja kontrak, Aku isi masa2 yg ada tu dgn buat grab. Tp aku sedar, aku perlukan pekerjaan yang memberikan aku pendapatan tetap utk menampung komitmen2 yg menunggu setiap bulan..
Alhamdulillah, seminggu lebih jugak aku menanti, akhirnya aku diterima bekerja sebagai pembantu akaun di sebuah company yg aku namakan company A. Ya, aku seorang yg sgt susah nak adapt dgn perkara2 baru, tempat baru, rakan baru, suasana baru, tugas baru dan semestinya aku pon kena bawa semangat baru. Aku cuba utk sesuaikan diri aku. Tp aku tak mampu utk ubah diri aku hanya semata-mata utk blend dgn tempat baru. Sekali pon, aku dapat ubah, aku tahu ianya xkan kekal lama. Baik aku jadi diri sendiri. Lebih mudah utk aku bawa diri dr terus menjadi fake hanya sebab nk diterima orang lain. Keadaan berjalan x seperti yg aku bayangkan. Aku cuma mampu bertahan x sampai sebulan pon bekerja di Company A. Aku decide utk hantar notis berhenti kerja selepas 3 minggu disitu. Alasannya susah utk aku jelaskan. Biarlah aku shj yg tahu. Tempoh 2 minggu utk habiskan notis terasa bagai sebulan lamanya bg aku. Menanti hari2 terakhir tamat kontrak semasa di tempat lama dulu pon x seperit 2minggu nak habiskan notis ni. 😖
Hari bersilih ganti, akhirnya bermulalah kembali rutin aku utk menyambung parttime grab aku. Setelah hampir sebulan, Alhamdulillah... aku diterima bekerja di tempat lain yg mana2 lokasinya betul2 belakang tempat kerja lama aku dulu, tempat dimana aku kontrak aku ditamatkan sebelum ni . Dan saat entri ni ditulis, aku dah 5 bulan bekerja disini. Alhamdulillah.
Aku fokus utk cari rezeki dlm meniti kehidupan atas muka bumi selagi Allah pinjamkan usia ini. Mana2 tempat kerja yang aku pergi, masalah pasti ada. Cuma utk kekal lama, kita sendiri harus tahu cara utk bawa diri kita dimana shj kita berada. Yang baik jadikan sbg teladan, yg xbaik pandai2 hang la jadikannya sempadan.
Nak cari kerja lain lg? Cukuplah pengalaman menganggur sebelum2 ni sudah cukup buat aku penat, letih dan serabut . Letih bekerja tu lebih baik dari letih menanti kerja yg belum pasti akan tiba.. Setelah 5 bulan disini, aku semakin faham background kerja dan suasana kerja disini. Cuma utk adapt dgn budaya dan susana kerja disini, agak berat buat aku. Hari2 aku pesan pada diri agar hati sentiasa kental, hadapi sekeliling dgn jiwa yg tenang dan pedulikan apa shj yg bakal datang. Selagi aku tahu apa yg aku buat tu betul, teruskan. Pedulikan pandangan sinis mereka yg negatif. Dan pastikan diri sentiasa positif kerana Kita xkan mampu utk puaskan hati semua orang.
No comments:
Post a Comment
ANY IDEA??????