Pages

Thursday, 1 January 2026

.:: BYE2 2025, HYE COMING 2026 😀::.


Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Masih diberikan peluang melayari kehidupan di tahun yang yang baru.
2025 mungkin tahun ujian utk aku. Semoga tahun ini dan hari2 yg bakal tiba membawa rezeki berganda buat aku.. Aminn..🤲

Pertengahan tahun 2025  aku diuji dgn kehilangan pekerjaan. Ya, pekerjaan yg masuk thn keempat utk aku. Kontrak aku ditamatkan atas alasan kononnya aku tak perform. Xapa la, apa pon alasannya, aku anggap rezeki aku kat tempat tu setakat itu sahaja. Aku redha.. Mungkin Allah ada sesuatu yg lebih baik utk aku. 

Uishhh.. Rupanya susah betul cari kerja ni. Lepas 4 tahun aku selesa dgn kerja aku. Sekali bila kena cari kerja lain.. Stress juga. Banyak job dan vacancy yg aku dah apply. Tp nak dapat call utk interview pon bukan main susah. Bila dh dapat interview, belum tentu confirm dapat job tu. Aku anggap itu sebagai proses kehidupan dan ambik semua itu sebagai pengalaman.

Alhamdulillah.. Hari2 aku lalui dengan tenang sehinggalah tarikh akhir aku bekerja disitu. Aku angkat kaki dgn lega dan berlapang dada meskipun saat tu aku masih belum mendapat pekerjaan baru. Lepas tamat ja kontrak, Aku isi masa2 yg ada tu dgn buat grab. Tp aku sedar, aku perlukan pekerjaan yang memberikan aku pendapatan tetap utk menampung komitmen2 yg menunggu setiap bulan.. 

Alhamdulillah, seminggu lebih jugak aku menanti, akhirnya aku diterima bekerja sebagai pembantu akaun di sebuah company yg aku namakan company A. Ya, aku seorang yg sgt susah nak adapt dgn perkara2 baru, tempat baru, rakan baru, suasana baru, tugas baru dan semestinya aku pon kena bawa semangat baru. Aku cuba utk sesuaikan diri aku. Tp aku tak mampu utk ubah diri aku hanya semata-mata utk blend dgn tempat baru. Sekali pon, aku dapat ubah, aku tahu ianya xkan kekal lama. Baik aku jadi diri sendiri. Lebih mudah utk aku bawa diri dr terus menjadi fake hanya sebab nk diterima orang lain. Keadaan berjalan x seperti yg aku bayangkan. Aku cuma mampu bertahan x sampai sebulan pon bekerja di Company A. Aku decide utk hantar notis berhenti kerja selepas 3 minggu disitu. Alasannya susah utk aku jelaskan. Biarlah aku shj yg tahu. Tempoh 2 minggu utk habiskan notis terasa bagai sebulan lamanya bg aku. Menanti hari2 terakhir tamat kontrak semasa di tempat lama dulu pon x seperit 2minggu nak habiskan notis ni. 😖

Hari bersilih ganti, akhirnya bermulalah kembali rutin aku utk menyambung  parttime grab aku. Setelah hampir sebulan, Alhamdulillah... aku diterima bekerja di tempat lain yg mana2 lokasinya betul2 belakang tempat kerja lama aku dulu, tempat dimana aku kontrak aku ditamatkan sebelum ni . Dan saat entri ni ditulis, aku dah 5 bulan bekerja disini. Alhamdulillah. 

Aku fokus utk cari rezeki dlm meniti kehidupan atas muka bumi selagi Allah pinjamkan usia ini. Mana2 tempat  kerja yang aku pergi, masalah pasti ada. Cuma utk kekal lama, kita sendiri harus tahu cara utk bawa diri kita dimana shj kita berada. Yang baik jadikan sbg teladan, yg xbaik pandai2 hang la jadikannya sempadan. 

Nak cari kerja lain lg? Cukuplah pengalaman menganggur sebelum2 ni sudah cukup buat aku penat, letih dan serabut . Letih bekerja tu lebih baik dari letih menanti kerja yg belum pasti akan tiba.. Setelah 5 bulan disini, aku semakin faham background kerja dan suasana kerja disini. Cuma utk adapt dgn budaya dan susana kerja disini, agak berat buat aku. Hari2 aku pesan pada diri agar hati sentiasa kental, hadapi sekeliling dgn jiwa yg tenang dan pedulikan apa shj yg bakal datang. Selagi aku tahu apa yg aku buat tu betul, teruskan. Pedulikan pandangan sinis mereka yg negatif. Dan pastikan diri sentiasa positif kerana Kita xkan mampu utk puaskan hati semua orang. 

Sunday, 21 May 2023

.:: SEBUAH KEHIDUPAN YANG MASIH PANJANG::.

Assalamualaikum..

Kehidupan.. Bila dh umur semakin meningkat ni, macam-macam yg akan kita lalui, kita rasa. Betullah, usia mematangkan seseorang. Semakin banyak ujian yg kita lalui, semakin banyak pengalaman yg kita dapat. Bila umur makin bertambah, dh xdak rasa nk seronok-seronok lagi dh. Dalam kepala ni cuma terpikiaq apa nak buat esok, apa akan jadi minggu depan. Macammana dengan bln depan. Macammana kalau macam ni, macammana kalau macam tu. Hmmm.. Sesekali rindu zaman-zaman yg dah berlalu tu. Zaman study dengan kawan-kawan. Bila cuti, dapat plan pi jalan-jalan. Tengok dunia luaq.. 

Sekarang ni, zaman dah beralih. Kalau dulu, aku cuma tengok macammana mak ayah cari duit. Tapi kali ini aku sendiri merasai susahnya nk cari rezeki. Dengan zaman ekonomi yg semakin menjadi, harga barang naik, Penyakit sana sini. Nak hadap macam-macam situasi, perangai orang lagi. Huish.. Mau semua nak dipikiaq, boleh jem diri. Perjalanan hidup ni masih panjang lg. Selagi belum jumpa titik akhir, teruskan melangkah. Walau kekadang terasa lelah. Berehatlah, tp jangan berhenti jangan terus menyerah.

Dulu, waktu sekolah, aku ingat lagi macammana hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah.. Rezeki tu sentiasa ada. Walau kadang-kadang makan nasi ikan goreng sebelah. Tp tak pernah tak makan. Bila arwah ayah tanya, awat ambik ikan sebelah ja. Alasan kami sebab sekoq x habis. Dulu aku selalu nampak arwah ayah akan buat kira-kira lepas beli brg2 belanja. Kadang-kadang arwah ayah conteng kat lantai ja guna kapur. Hari ni beli ikan berapa det, sayur berapa, beras, minyak bla..bla..bla. waktu tu, aku cuma tau tengok ja.. X rasa apa yg mak ayah aku rasa.

Sekarang ni, aku rasa semua tu. Kadang bila cukup hari terima gaji. Aku asingkan siap2 segala komitmen bulanan. Baki tinggal berapa ja utk survive SEBULAN sebelum terima gaji plak. Sampai satu tahap, bila bulan tu ada 31 hari, aku rasa ya Allah, lamanya nk tunggu next gaji. Nak harap hujung tahun nak kaut bonus, banyak benda lg nak kena hadap, nk lalui, rasai ujian2 saban hari. Pernah suatu hari, aku doa sungguh2 semoga ada rezeki yg boleh aku tambahkan pendapatan aku. Paling kurang dapat la cover belanja hari2 aku. Dapat topup balik baki duit gaji yg tinggal x seberapa tadi. Alhamdulillah.. Allah dengar doa aku. 

Suatu hari, aku dok godek2 mr google dok cari part time job. Akhirnya aku jumpa job sebagai runner grab. Bila terjumpa tu, aku rasa mcm betapa baiknya Allah nak tlg aku. Aku terharu. First time start job runner, memang betul-betul nervous, gelabah, Ya la, benda baru kan. Tapi bila settle satu2 job. Rasa puas, rasa syukur sangat walau kadang2 income yg masuk tu x sampai rm10/job. Bila aku bagitau mak dengan abang aku, depa pon x percaya aku buat grab. Alhamdulillah depa x halang. Oh yaa.. Kebetulan abang aku memang rider grab food, so apa2 masalah app ka, masalah location ka, aku refer ja kat dia. Aku memang x bagitau mak, sebab aku takut apa aku plan x menjadi. Ataupon aku buat separuh jalan, hangat-hangat tahi ayam. Tp alhamdulillah, dh lebih 1/2 tahun dh pon aku dengan grab. Bila time aku free, cuti ka, aku on ja grab. Kalau org cakap, kerja mcm2, tp kaya x jugak. Aku pekakkan ja telinga. Allah tahu tujuan dan niat aku. Asalkan aku x menyusahkan sapa2. Abang2, kakak aku dh ada keluarga masing2. Ada 'susah' masing2. Bila hari cuti, aku angkut mak sekali jd copartner aku. Hahahaha. Bila lg nak bawak mak jalan2 kan. Hari aku kerja, mak dah seharian kat rumah. Hari offday ja nk bawak mak keluaq jalan2 pon. Mak x pernah merungut ikut aku delivery brg. Masuk rata cerok, pi sana sini. Tp tu la, kadang2 mak tak faham. Jenoh explain pon, esok2 mak akan tanya lg. Hihi

Pejam celik pejam celik, tahun ni dh 15 tahun arwah ayah ke dunia abadi. Dari aku 17 tahun sampai dh 30++. Dari zaman fon keypad jatuh terburai sampai wujud fon touch screen bagai. Masa beralih masa, hari berganti hari. Aku terpikiaq apa lg yg akan aku lalui lepas ni. Ujian, rezeki jatuh bangun, kejayaan, kegagalan. Umur yg makin meningkat. Apapun semoga aku terus kuat, cekal.. Apa pon terjadi, semoga ianya x mematahkan semangat aku untuk terus bangkit dan berjalan bersama takdir yg tertulis dlm hidup aku. Dan aku yakin. Apa ja yg Allah bg kat aku, itu adalah yg terbaik utk aku, suka atau tak, aku berlapang dada dan terima seadanya. Mungkin aku x sukakan sesuatu yg Allah tentukan utk aku, tp itulah yg paling baik utk aku. Mungkin aku mahukan sesuatu yg aku rasakan baik utk aku, tp Allah ada rancangan yg lebih baik, yg Allah tahu aku sangat perlu.