Pages

Thursday, 27 June 2019

.:: Giatmara #1 ::.

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 6 bulan aku kat Giatmara Alor Setar ni. Hari ni, hari terakhir aku sebagai pelatih giatmara ni. Terasa sebak pon ada bila nak tinggalkan semua ni.walaupon aku cuma 6 bulan kat sini, tapi macam2 yang aku belajaq selain dr ilmu jahitan.



Aku yakin pilihan yang aku buat sewaktu hujung tahun 2018 lepas, satu pilihan yang betul dan aku tak menyesal tinggalkan kerjaya aku sebelum ni semata-mata utk masuk ke sini. Masa mula2 kat sini, ramai yang tanya kenapa aku tinggalkan kerja aku sebab nk masuk sini. Aku pon taktau nak jawab apa. Tapi apa yang aku tau ini yang dh Allah aturkan utk aku. Pada aku giatmara bukan utk golongan yang tercicir sekolah, tapi adalah satu tempat utk seseorang yg nak belajaq kemahiran dan ada sesuatu yang dia rancang utk masa hadapannya.


Betapa teratur dan indahnya perancangan Allah tu utk hamba-hambaNya. Bermula pertengahan tahun lepas, aku dan kakak merancang utk ada business sendiri. Macam2 kami plan. Nak ada rumah, sewakan kat org la, nk ada kedai runcit sendiri la.. Nk ada business jahitan sendiri la.. Tp kami tahu, nk ada business ni bukan semudah yg dibayangkan.

 Bagaikan ada suatu yg mendorong, kebetulan Nov 2018, kami ada terbaca post kat facebook giatmara Alor Setar utk temuduga pencarian pelatih baru sesi 01/2019. Ya Allah.. Berbunganya rasa hati.. Bagaikan dipermudahkan. Tapi aku dan kakak kena decide sapa yg nk masuuk giat, sapa yg kena kerja. Kalau dua2 nk masuk giat, sapa pulak nk kerja, mana nak dapat duit masuk bulan2. Elaun giatmara RM200 ja bulan2. Lepas puas timbangtara, muktamad aku masuk giat dan kakak teruskan kerja macam biasa. Kami bagitau mak, mak ok ja. Mak tau anak2 mak ni tau apa yg depa buat.


13 Nov 2018, aku kuatkan semangat prepare apa yg patut, dan aku pi interview tu. Result sama ada dapat atau tak belum boleh tahu, paling lewat pon sebulan lepas interview. Puas aku solat hajat, aku tak minta utk dapat, tapi aku minta Allah tentukan yang baik2 utk aku. Kalau belajaq kat giat ni sesuatu yg lebih baik, moga dipermudahkan. 20 Nov 2018, aku nekad hantaq surat resign. Dapat tak dapat giatmara aku redha. Kalau bukan rezeki kat situ, aku kena cari kat tempat lain.


16 Dec 2018, Alhamdulillah aku di add dlm group wasap dan diberitahu aku diterima menjadi pelatih Giatmara Alor Setar bagi sesi 01/2019 utk kursus pembuat pakaian lelaki. Masa tu Allah ja tau apa aku rasa. Happy, lega sebab x perlu cari kursus kat tempat lain. 21 Dec 2018, aku officially resign dr tempat kerja tu, tinggallah kakak aku yang terpaksa ambil saki baki kerja dr beberapa client yg aku tinggalkan tu.


30 Dec 2018, bermulalah kisah perjalanan hidup aku sebagai pelatih giatmara. Seminggu orientasi meningatkan aku ketika zaman belajaq dulu. Kat sini ada 4 kursus; Teknologi Sistem Komputer, Fashion and Dressmaking, Pembuat Pakaian Lelaki, dan Senireka Gaya Rambut. Total pelatih +- 80 orang++. Bila dh beberapa tahun meninggalkan zaman belajar, rasa kekok pulak. Utk kelas aku, rata-ratanya adik2 belasan tahun, dan awal 20an. Ada 3 orang ja yg 30an.






Sepanjang kat sini, pelatih bukan saja diajar bidang kemahiran yg diambil sahaja. Sesi bermula dari 8 pagi sampai 5.15 ptg. Setiap hari ahad sampai Khamis. Setiap pagi akan ada perhimpunan pagi. Lepas rehat tengahhari akan ada perhimpunan tengahhari pulak. Solat zohor dan asar berjemaah. Hari isnin pagi akan ada kelas iqra'. Selasa pagi akan ada latihan kawad,   khamis pagi akan ada solat dhuha berjemaah dan bacaan yaasin. Begitulah selama 6 bulan. Dalam tempoh 6 bukan nie macam2 program lain diselitkan yg memberi kebaikan dan mengeratkan silaturrahim sesama warga giat. (insyaAllah next entry)









No comments:

Post a Comment

ANY IDEA??????

.
.
:
:
D
B
M
:
:
.
.