Cuti mid sem kali ni, member2 decide untuk gi Genting. So, memandangkan kitorang ni belum pernah sampai sana, ini kitorang rasakan sebagai satu peluang terbaik untuk kitorang join. walaupon cuti seminggu ja, kerja pon bole tahan berlambak punya, nak tak nak, kitorang perlu bijak membahagikan masa antara makan angin dengan assignment.
memandangkan masing-masing bukan di tempat yang sama, bagi kitorang yg still dekat kedah ni, perlu ambil tiket untuk sampai KL. Bila dah sampai KL, kat sini, aku dapat belajar mcm mana cara hidup masyarakat kota yang pada aku, cukup sibuk, dan sesekali membuatkan aku terpikir, agaknya bila aku dah kerja besok, mcm nie lah aku jadinya, sibuk, terkejar sana, terkejar sini, still ada masa ke aku untuk cuti2 macam ni lg???
Then, kitorang terus naik LRT utk sampai ke Gombak. Dari Gombak pula, kitorang amik bas untuk ke Genting. Harga pakej RM 60 utk outdoor games. Perjalanan ke sana lebih kurang setengah jam (itupon kalau bas tu betul2 punya drift) . Dalam perjalanan ni juga, kitorang didedahkan dgn "basic advanture" sebelum dapat mencuba "the real adventure" yg dekat atas sana tu. hahaha
Untuk sampai ke atas sana, kita perlu naik cable cars, yg lebih kurang mcm chairlift dekat Bukit Merah hari tu, cuma bezanya, yang ni lebih selamat sikit, sebab bertutup. Untuk sampai ke puncak atas tu, cable car ni bergerak memang steady ja, so sejam jugak untuk sampai ke atas sana. Sambil-sambil nak sampai tu, boleh la kita nikmati kehijauan alam flora kat bawah yang hijau tu. Sesekali terpikir jugak macam mana la Tan Sri Lim Goh Tong terpikir nak wujudkan tempat macam ni dekat hutan lagi berbukit macam ni?? Macammana pula nak tarik minat pengunjung untuk sampai ke sini?? Tapi, apa yang dapat kita tengok hari ni, Genting boleh dikatakan satu tempat percutian yg tak asing di Malaysia.
Kat sini, permainan dia bole tahan adventurenya, tapi aku tetap berazam nak bedal semua game untuk tidak mensiakan peluang ni. Tapi itu cuma perncangan awal, kesudahannya, aku tak sempat nak cuba satu game lg iaitu flying coaster, memandangkan perut aku dah mula rasa mual, mungkin kesan dari belum makan + permainan yang memeningkan. Nak cuba makanan kat sini, mahalnya!! campur kos risiko penghantaran kat atas bukit ke apa??, so kitorang decide tahan ja perut dulu, beli masa sampai Gombak nanti je senang.
Percutian kali ni, kitorang anik kesempatan untuk singgah Johor sekali, sesaje jenjalan rumah member. Masa di Johor, kitorang sempat jengjalan Masjid Sultan Abu Bakar, yang mana aku diberitahu masjid ni diperbuat dari putih telur + pasir laut. Binaan masjid dia cantik, putih kekuningan, sebuh binaan di atas bukit, menghadap Pantai Lido, bertentangan dengan negara jiran iaitu Singapura. Bajet nak pergi singapore belum cukup, dapat tengok pon jadilah.
Masjid ni dah lama, tapi still cantik. Dia punya hiasan dalaman bole tahan klasik.. Kalau kat kedah, masjid ni boleh dianngap macam Masjid Zahir la kot. Tapi aku yang duduk kedah ni pon belum pernah masuk masjid Zahir. Betul kata orang, jauh berjalan luas pandangan. Sepanjang 22 tahun usia aku ni, baru 5 negeri yang aku pernah jejak. Kedah, negeri kelahiran aku sendiri, aku sendiri belum expert. Perlis, setahun aku belajar waktu matrikulasi dulu, bagi aku, tak ada beza sangat macam Kedah juga. Penang, KL dan Johor, tempat yang aku singgah sekejap-sekejap, dah macam lebih kurang sama, bandarnya sibuk, jalan raya bertingkat dan mungkin lebih maju berbanding negeri-negeri lain. Lepas ni, boleh la aku jenguk negeri lain pula. (^__^)
No comments:
Post a Comment
ANY IDEA??????