JPJ test 1??? yeah, dan lepas ni mungkin akan terbitnya entri JPJ Test 2, dan moga tak akan ada entri JPJ test 3. Pengalaman ambil lesen kereta kali ni tak sama macam pengalaman ambil lesen motor 2 tahun lepas, kalau 2 tahun lepas, aku mampu melepasi ujian JPJ dgn sekali harung ja, tp kali ni tak. Betul kata orang, jangan terlalu risau dan jangan pula terlalu yakin, sebaliknya bertenang, relax and just cool. Tetapi aku agak kurang bernasib baik, padahal sehari sebelum Test, aku dah try practice, malah aku yakin aku boleh lulus, tapi kesudahannya.....
Bagi aku, no 41, bukan sesuatu yang baik ataupon sesuatu yang malang buat aku, tapi sikap dan emosi aku, itu yang menggagalkan aku. Sewaktu test bahagian kedua ( bukit & parking), setelah lebih 15 minit menanti giliran, memerhatikan seorang demi seorang calon melepasi test, ada yang lulus ada yang gagal. jantung aku dah mula bergocak, seluruh badan aku dah jadi seram sejuk, menandakan betapa nervousnya aku time tu. Tibanya gilran aku, aku melangkah ke kereta yang tersedia menanti, kereta perodua kancil warna putih no 8, no plat, aku tak ingat. Cubaan pertama, kereta agak terbatuk-batuk, oohh, x sampai garisan, lantas Encik JPJ minta aku turun balik, percubaan kedua, kereta still terbatuk, menambahkan tahap getaq dan nervous aku. sampai atas bukit. YES!! sampai, dengan bangganya aku mengangkat tangan tanda dah berjaya sampai. Encik JPJ memberi isyarat tanda lulus. Oh sukanya aku, walaupon aku sedar nasib dan keputusan aku still di hujung tanduk. Aku cuba mengambil langkah penuh berhati-hati untuk pastikan aku tak gagal. Perlahan-lahan aku masukkan gear 1, disebabkan perasaan getaq aku yang masih menebal, pedal minyak yang sepatutnya ku tekan sampai ke meter 3, aku hentam sampai ke 6, sampaikan kereta mengaum mengalahkan harimau yang tengah lapar. Aku tahu yang pedal klac perlu dilepaskan sampai terasa bontot kereta mula terangkat, tapi aku cuai, belom terangkat agaknya, aku dah turunkan handbrake, kesannya kereta mengundur ke belakang. Habislah aku. aku diarahkan turun, pergi ke JPJ tu balik, sign dan ambil balik borang menandakan aku gagal melepasi ujian bahagia II. Aku mengaku memang aku getaq sangat-sangat, sampaikan Encik JPJ tu pon bole perasan. "ok Munah, kamu Fail, awat teruk sangat nampak getaq nie.. lain kali toksah getaq" kata JPJ tu, bila dia perasan yang tangan aku menggigil sewaktu nak sign borang tu.
Tak lama lepas tu, giliran akak aku pulak. Aku cuma mampu perhatikan ja. Alhamdulillah dia lulus bukit dan parking. Untuk ke bahagian III (jalan raya), satu lagi ujian, ujian kesabaran. Penantian itu merupakan suatu perkara yang paling menyeksakan. Dengan panas rembang, sorang demi sorang selesai. Sementara menantikan giiran kami, aku dan kakak asyik berbincang, saling mengingatkan itu dan ini, agar kami tak gagal lagi. Aku harap sangat akak aku boleh lulus ujian jalan raya, memandangkan dia dah lulus part tadi. Kini tiba giliran aku, aku tak kesah dapat JPJ lelaki atau perempuan, bagi aku yang penting jaganlah dia garang, takut-takut itu akan menambahkan lagi getaq aku yang belom hilang ni, Bila no aku dipanggil,oh mak, aku dapat JPJ perempuan, ramai yang cakap perempuan ni cerewet cikit dan susah nak lulskan orang. Whatever, aku try ja. hati aku dah tak gementar sangat, aku dah boleh cool sikit. Habis lima perkara aku cek. ok settle. " pergi jalan 1" arahan JPJ. "yess, jalan 1," nasib aku, memang jalan ni yang jadi impian aku, sebab bagi aku jalan ni paling mudah kalau nak dibandingkan dengan jalan yang lagi dua tu. Belom jalan lagi, aku dah buat silap, aku tak turunkan handbrake, dush! enjin kereta mati. Aku sedar yang aku dah bagi satu bad first impression pada JPJ tu, lg sekali aku buat silap, probability aku untuk fail akan semakin hampir. Keluar ja dari sekolah memandu, tiba di satu selekoh yang selama ni aku belajar tak pernah ada sebiji kereta pun lalu lalang, tetiba hari ni, hari test JPJ, satu Toyota Hilux kaler hitam selamba baik boleh lalu. aku dah gabra, aku dah tak tahu mana satu aku nak buat dulu, behenti atau tukar gear dulu, last2 enjin kereta mati lagi sekali. Aku dah bimbang dah. Aku hidupkan balik enjin, aku baru gerak sikit, tetiba "ok dah2.. bagi signal benti tepi, bla, bla" aku bole rasa yang darah aku mengalir laju meyirap keseluruh bahagian dalam badan aku. Sebak, sedih,aku nak sign pon tak sanggup.Aku dah start rasa down sangat-sangat.
Nasib akak aku masih samar. Sampai pula turn akak aku,aku harap dia boleh buat baik-baik, atleast, kalu dia lulus, sekurangnya dah settle dia punya, tinggal aku ja. Tapi, dia mungkin tak bernasib baik, jangankan nak keluar sekolah memandu, tayar kereta tu baru 2 kali golek, JPJ tu dah failkan dia. Dan kami dapat JPJ yang sama dengan kereta perodua kancil warna putih no 12 yang sama . nasib kami juga sama, tak lulus ujian jalan raya.
Bila nak balik, aku rasa down, putus asa, perasaan aku bercaampur baur, sedih, sebak, terkilan, rasanya sama macammana rasa bila aku target untuk dapatkan pointer gini untuk final, last-lastl aku dapat rendah. Rasa dia lebih kurang, malah makan hari jugak rasa ni nak hilang walau bermacam-macam kata-kata yang aku pikir untuk sedapkan hati aku balik. Sekarang kitorang decide biarlah bulan depan, waktu cuti pertengahan semester pulak kitorang try lg. aku dah tak sanggup nak ponteng kelas lagi macam hari ni. Bila difikirkan balik aku redha walaupon gagal untk kali ni. Aku bole terima kegagalan tu sebab mungkin silap dan kecuaian aku. tapi part jalan raya tu, aku agak terkilan, aku belom lagi sampai jalan raya, JPJ tu dah komen itu ini, atleast bagi la peuang aku tunjukkan skill kat jalan raya tu dulu, ini belum lagi apa2, dah nak fail kan aku. Aku tau calon ramai, diorang nak buat cepat-cepat. tapi janganlah setakat salah-salah kecil, dah tak bole tolerate lagi.
Apapun aku mesti buat lagi. Asalkan aku dan akak dapat lesen sebelom raya tahun ni. kalau tidak, raya tahun ni, beraya tunggu rumah sendiri lagi la jawabnya.
Nota MBD : Jangan pernah berhenti mencuba, kerana setipa usaha itu pasti ada kejayaan yang menanti juga. Gagal sekali, bukan bererti akan gagl lagi, tapi ia memberi pekuang untuk kita cuba buat dengan lebih baik nanti
No comments:
Post a Comment
ANY IDEA??????