Pages

Monday, 10 December 2012

..:: TANDA-TANDA SEBELUM KEMATIAN ::..



Sebagai seorang pelajar, rutin seharian tak sah kalau tidak membuka buku, tak sah kalau tak fikir pasal assignment, tak sah juga selagi tak dapat tugasan baru selagi semester yang dilalui ini belum tamat, belum bertemu dengan final. Oleh sebab itulah jugak, ramai student-student ni gemar mengisi masa mereka dengan hobi-hobi lain untuk mengimbangkan antara study dengan sosial life masing-masing.

Beberapa bulan lepas, waktu tu baru bermulanya semester pertama sesi 2012/2013 ni. Untuk kelas yang pertama yang biasanya diisi dengan program 'kenal-mengenal' antara students dengan subjek dalam kelas yg diambil ni, biasanya warming up ja. belum ada tugasan maupon tutorial yang akan diberikan. malah time-time mcm ni jugak la students biasanya skip kelas, kerana mereka rasakan kelas pertama takde menda sangat, attendance pon ada sesetengan lect amik kira, sesetengah lect abaikan ja. Pada aku, kelas pertama  ini lah yang penting, time ni lah kita nak kenal siapa lect kita, siapa rakan sekelas kita untuk memastikan kita boleh bawa subjek tu sampai hujung semester dengan tenang dan tak perlu nak stress2.. (^__-) kalau rasa dah tak bole nak bawak, drop je kelas tu, amik kelas lain selagi minggu add drop still terbentang luas.

Itulah yang terjadi pada kitorang awal-awal sem dulu, bila semua kelas yg kitorang daftar, kitorang rasakan dah puas, sesuai dan tak perlu diubah lg,  minggu2 awal memang bosan sikit sebab belum faham apa2, belum ada apa-apa kerja. Dan, inilah masanya utk kitorang buat sesuatu perkara yang mungkin jarang untuk dibuat bila kerja dah bertimbun melunggok atas meja dok tunggu turn utk disiapkan. Masa free nilah kita amik peluang utk download apa2 citer yg kena dgn jiwa dan minat memasing. So, entah dari mana datangnya sumber, akak aku ada terjumpa satu drama ni, tajuknya '100 hari sebelum kematian' pergh!!! dengar tajuk ja dah boleh menggigil satu badan. drama ni ditayangkan di RTM sempena hijrah tahun bila, aku sendiri pon x pasti.


 Cerita ni best, kalau drama lain, sekali aku tengok, dah abis, ok, Delete!!! tapi drama nie, aku dah beberapa kali asyik ulang tayang. Tidak jemu malah aku rasa amat baik terutama bagi yang nak menginsafkan diri. Lagipon, sebagai manusia nie, aku rasa sesuatu kebaikan tu, sukar utk kekal lama berbanding dengan sesuatu keburukan.

So, dengan sukacitanya aku teringin nak share ilmu nie dgn org lain, sekurangnya bila ilmu makin berkembang, aku juga yang untung, walaupon ilmu nie asalnya bukan lah dari aku. Sharing is Caring right???. Atau kalau nak tahu lebih lanjut, tonton ja drama nie, 100% x rugi..... (^___^)


Tanda-Tanda sebelum kematian

100 hari     - inilah petanda-petanda awal yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hamba  yang dikehendakiNya. Berlakunya tanda ini selepas waktu Asar, dimana bahagian hujung rambut sehingga ke hujung kaki mengalami satu getaran seperti menggigil. Tanda  ini terasa begiti dasyat bagi hambaNya yang sedar dan terdetik di hati akan panggilan Ilahi yang bakal menjemput, dan tanda ini hilang selepas ingatan hambaNya terhadap kematian. bagi hambaNya yang tidak diizinkan mengalaminya, petanda ini akan hilang begitu saja bersama kelalaian mereka.

40 hari       - Sesudah waktu asar, bahagian pusat akan terasa berdenyut-denyut. Maka pada ketika ini sehelai daun yang tertulis nama hambaNya akan gugur dari atas Arsy Allah S.W.T, lalu daun itu disambut oleh malaikat maut yang mula mengekor pemilik nama diatas daun itu sepanjang masa, dan dimana jua. Mungkin terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas pandang. jika ini berlaku kepada hambaNya yang dikehendaki, nescaya kebigunganlah hambaNya itu untuk seketika.

7 hari       - Petanda ini hanya diberikan kepada hambaNya yang diuji dengan kesakitan sebelum mati.
Secara tiba-tiba, hamba yang sakit ini menjadi berselera untuk makan, sedangkan sebelum ini, dia tidak lalu langsung untuk menjamah makanan.

3 hari       - Kala ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi. Ketika ini juga, mata hitam sudah tidak bersinar lagi. Bagi yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan meluru jatuh kedepan. Tanda ini akan dapat dilihat jika kita memandangnya dari bahagian sisi.Telinganya juga akan layu seolah-olah hujungnya masuk kedalam.

1 hari       - Terdetik sesudah Asar, hambaNya akan merasa satu denyutan di sebelah belakang di  kawasan ubun-ubunnya yang mana memberi amaran jepada hambaNya yang dia tidak akan bertemu Asar keesokan hari.

 "Hidup di dunia hanya semetara, Hanya akhirat, kekal abadi selamanya" 
                 

        
   


2 comments:

  1. assalam puan. boleh tak puan share kat saya website utk download 100 hari sebelum kematian ni? kat youtube ada tapi takda suara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, telemovie ni pon dh hilang dr simpanan saya. Dh lama saya download cerita ni.. Masa zaman belajaq dulu. Saya pon dh x ingat dr mana saya downlaod..
      Maaf, x dapat nk bantu. 😢

      Delete

ANY IDEA??????

.
.
:
:
D
B
M
:
:
.
.